StoneMaster Info

October 13, 2009

Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/1971, Permainan Catur Di Sekolah-Sekolah Menengah

Filed under: News, Portal Kementerian Pendidikan Malaysia — Tags: — stonemasterfadli @ 11:00 am

Semalam 12hb Oktober 2009 di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia , surat pekeliling mengenai permainan catur di sekolah-sekolah menengah telah dikeluarkan.

Antara kenyataan isi kandungan surat yang bertarikh 4 Ogos 1971 tersebut adalah langkah-langkah yang diajukan kepada semua sekolah menengah khasnya di luar bandar, supaya:

1) Menubuhkan kelab catur – bukan sahaja mengadakan pertandingan catur tetapi juga menubuhkan kelas latihan kepada pelajar yang tidak tahu bermain catur.

2) Sekolah-sekolah digalakkan mengadakan pertandingan catur antara darjah dan piala-piala dihadiahkan,sekiranya perlu.

3) Pertandingan negeri pada peringkat jajahan atau negeri boleh dianjurkan dan piala-piala yang sesuai dihadiahkan,sekiranya perlu.

4) Kursus-kursus berkenaan permainan catur hendaklah diadakan sekiranya perlu kepada guru-guru, khasnya dalam sekolah-sekolah di luar bandar.

Untuk melihat isi kandungan penuh surat pekeliling tersebut, sila klik di sini.

Blog at WordPress.com.