StoneMaster Info

October 1, 2009

Weekends full of chess tourneys

Filed under: Kelab Stonemaster, Tournament — Tags: , — stonemasterfadli @ 9:00 pm

KLIK DI IMEJ UNTUK BUTIRAN LANJUT (Kalendar Kelab Stonemaster)

oct2009  chess events

Nota: semua acara yang disenaraikan di dalam kalendar di Kelab Stonemaster adalah betul pada masa catatan itu dibuat. Segala pindaan/perubahan adalah tertakluk kepada pihak penganjur/penaja.

Nampaknya, hujung minggu bulan Oktober ini penuh dengan aktiviti kejohanan catur yang dianjurkan di beberapa negeri di Semenanjung hinggalah ke Sabah. Kejohanan catur bulan Oktober dimulakan dengan First Friday Classical Chess (FFCC) yang diadakan di Excel Chess Academy, OUG KL selama 3 hari, bermula pada 2 Oktober 2009.

3 Oktober (Sabtu) pula, 3 lagi kejohanan catur diadakan di 3 negeri yang berbeza dengan 3 format pertandingan yang juga berbeza: KTJ Invitational di Kolej Tuanku Jaafar, Mantin Negeri Sembilan, Blitz Hari Raya di DATCC Kuala Lumpur dan Johor Closed yang diadakan di UTM Skudai, Johor.

Acara catur berpasukan pula telah dirancang diadakan di Utara Semenanjung, iaitu di UUM pada 9-10 Oktober 2009. UMS di Sabah juga tak ketinggalan menganjurkan pertandingan catur terbuka pada 10 dan 11 Oktober 2009.

Di pantai timur pula, pertandingan catur terbuka akan turut diadakan pada 10 Oktober(Sabtu) di USM Kubang Kerian dan Kuala Krai Open pada 31 Oktober 2009.

Masa cuti perayaan Deepavali nanti, UIAM turut mengadakan Kejohanan Catur Jemputan kali ke-2 nya di Gombak pada 17 Oktober (bawah 12 & 21 tahun) dan Kategori Terbuka pada 18 Oktober 2009.

UPSI Open pula akan diadakan pada 24-25 Oktober di UPSI, Tanjung Malim, Perak. Manakala SJK(C) Jln Davidson akan menganjurkan kejohanan catur yang pertamanya, khas untuk adik-adik berumur bawah 9,12 dan 16 tahun pada 25 Oktober 2009.

Pelbagai hadiah istimewa dan menarik juga ditawarkan di kejohanan-kejohanan tersebut, termasuklah hadiah wang tunai untuk juara individu sehingga 1K, medal2, sijil2 dan sebagainya. SM pun memang teringin jugak nak join ambil bahagian di kejohanan catur tapi malangnya hampir kesemua kejohanan tersebut diadakan pada hari Sabtu . (Kebetulan, hari Sabtu merupakan hari yang sibuk bagi SM sebab SM kena kendalikan klinik dan beberapa kelas catur pada setiap Sabtu)

1 Comment »

  1. tqvm 4d updates

    Comment by cheesy — October 3, 2009 @ 6:19 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.